Perpaduan di Malaysia


Group Member

Yeow Ming Wei(03DDT19F1095)

Ng Wei Kang (03DDT19F1078)

Charin Chrisda(03DDT19F1077)

Pengenalan

-        Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2025 .

-        Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.

m  Kepelbagaian Kaum dan Budaya di Malaysia



-        1. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.

-        2. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.

-        3. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya       Melayu.

-        4. Kaum Melayu juga mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia.

-        5. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai  barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi.

-        6. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi.

 

Perayaan pelbagai kaum di Malaysia

SUASANA DI RAYA DEEPAVALI


SUASANA DI HARI RAYA CHINA



-        Sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. 

-        Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.

-        Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita. 

      Makanan Tradisional Kaum-kaum Di Malaysia

LEMANG dan NASI LEMAK


MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

 

Idli



Murukku






                                    MAKANAN TRADISIONAL INDIA




Yee Sang Atau Yusheng  dan PAU

                                                 MAKANAN TRADISONAL CHINA

-        Di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya malah pelbagai makanan tradisional juga popular di Malaysia.

-        Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering.

-        Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu.

-        Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.

-        Secara tidak langsung kita dapat memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada.

-        Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja.

-        Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka.

Masalah perpaduan di Malaysia

-        Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

-        Sekiranya perpaduan tidak dapat dipupuk, Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.

-        Secara tidak langsung , tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang akan berulang sekiranya di titikberatkan.




Tragedi 13 MEI 1969

Kamu boleh baca cerita peristiwa 13 mei di sini (https://youtu.be/xYe5Jju77ew)

-        Oleh itu , setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran

-        Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum.

-        Melalui, penghayatan perpaduan serta sejarah negara.

-        Ini diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara yang matang lagi bertanggungjawab.

-        Dengan itu , masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.


评论